Hai semua..
Prmaisuri nasi goreng di sini..beta pasti rmai yg mngunjungi blog ini kerana ingin thu apekah resepi rahsia nasi goreng yg dimasak oleh permaisuri nasi goreng.baiklah tanpa mlengahkan mase lg beta akan memberitahu apekah resepi tersebut.;-
2 cawan nasi.
4 ulas bawang putih (dicencang).
4 ulas bawang merah (dimayang halus).
1/2 batang lobak merah (dihiris nipis).
1/4 biji kubis (dihiris halus).
2 ketul ayam (ambil dagingnya sahaja dan dipotong dadu).
2 biji telur.
2 ekor udang harimau.
2 tangkai daun sup (dihiris halus).
Sedikit daun kari.
Panaskan kuali dan masukkan minyak masak untuk menumis.
Bila minyak panas, tumis bawang putih, bawang merah, dan daun kari sehingga garing dan berbau wangi.
Masukkan udang dan ayam.
Pecahkan dua biji telur ke dalam kuali dan gaul sebati.
Masukkan lobak merah dan kubis.
Masukkan nasi dan garam secukup rasa dan gaul hingga sebati.
Masukkan sedikit kicap, cili merah, dan daun sup. Gaul sebati.
Sila lah Post a Comment kat bawah ni ye ^_^
2 comments:
Wah!terima kaseh permaisuri nasi goreng di atas resepi ini..
Sama sama..biase la beta akan sntiasa mmbantu rkytnye yg mmrlukan..kalau ade ape ape yg boleh beta bantu jgn segan segan utk brtanye ok?
Post a Comment