Powered By Blogger

Monday, 26 May 2014

(1) SEGMEN : Perkongsian

Assalamualaikum semua..
good morning.

hari ni alya akan kongsikan sesuatu yg menarik dan In Sha ALLAH berguna utk anda semua dan diri alya sndiri.iaitu amalan yg dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

YG PERTAMA

1.     Senyuman

Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang artinya, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi)
setiap hari jgn la lupe senyum ok?Rasulullah setiap hari senyum malah setiap mase..walaupun kite dilanda masalah atau pun sdg marah pon kenelah tetap senyum. jujur alya kata yg alya sndiri pon tak dela senyum setiap mase..tp alya pon sdg berusaha nk sentiasa senyum..ye la senyum itu kan sedekah..senang je kan nk dpt pahala..tak perlu nk bersusah payah .. hmm antara kelebihan seyum ni bnyk kelebihannya.. antaranya

1.       Senyum meningkatkan sistem imun
 Apabila kita bersenyum, fungsi imun menjadi bertambah baik, berkemungkin  kerana pada kita senyum, kita lebih tenang dan releks.

2.      Senyum mengurangkan sakit
 Kajian mendapati, senyum membebaskan serotonin, penahan sakit semulajadi.  Sebatian ini menjadikan kita berasa sihat, maka senyum merupakan ubat  semulajadi untuk mengubat sebarang penyakit.

3.      Senyum melegakan stres
 Kita sering dengan kehidupan yang serba sibuk zaman nih. Maka cuba ubatinya  dengan senyum. Senyum membantu kita daripada nampak lesu dan tidak  bersemangat. Apabila stres datang, ambil sedikit masa dan cubalah ukir sebuah  senyuman. Stres akan berkurangan dan anda akan menjadi lebih bertenaga semula.

4.      Senyum menurunkan tekanan darah
Tahukah anda, apabila kita senyum, tekanan darah kita akan turun. Jika anda ada alat mengukur tekanan darah di rumah, cubalah sendiri. Ambil bacaan tekanan darah anda kemudian senyum. Kemudian cuba senyum dalam tempoh seminit. Ambil bacaan sekali lagi. Anda akan nampak perbezaannya.

5.      Senyum menjadikan wajah awek muda
Otot-otot muka yang kita gunakan untuk senyum membuatkan kita kelihatan lebih muda. Tak perlulah kita bersusah payah pergi mendapatkan rawatan di pusat-pusat kecantikan yang menelan belanja yang besar. Cukup dengan menghiaskan wajah anda dengan senyum sepanjang hari. Wajah anda akan kelihatan berseri dan bercahaya.

6.      Senyum menjadikan kita nampak anggun
Kita lebih tertarik pada orang yang wajahya tidak lekang dengan senyuman. Wajahnya lembut dan anggun, tanda mersa. Maka kita akan lebih terdorong untuk berurusan dengan orang sebegini. Jesteru, hiasilah wajah kita dengan senyuman.
7.      Senyum menukar mood kita
Dikala kita sedang berduka, cubalah melakar senyum dibibir. Senyum boleh menipu tubuh kita untuk membantu kita menukar mood menjadi lebih ceria.

8.     Senyum akan berjangkit
Apabila kita senyum kepada orang lain, mereka tentu akan membalas senyum kita. Apabila semua orang tersenyum, rasa gembira secara automatik akan muncul. Maka wujudlah suasana yang membahagiakan dan menyihatkan.


kelebihan senyum ni alya ambil drpd ..,8 KELEBIHAN SENYUM MENURUT KAJIAN USTAZ SULAIMAN ISMAIL 
ok itu shj..

assalamualaikum 
                                                                    Alya Nabilah







No comments: